Edward Gordon Craig lahir pada 16 Januari 1872, di Railway Street Stevenage di Herfordshire. Craig (1872-1966) merupakan seorang pelakon yang penting, pereka, pengarah dan juga pelatih teater moden pada abad ke 20 di Eropah. Dia merupakan anak kepada Edward Godwin. Ayahnya merupakan seorang arkitek dan juga seorang yang mereka pentas dan ibunya Ellen Terry yang merupakan seorang pelakon yang paling dihormati. Kerjaya Craig bermula pada usia 12 tahun. Ketika itu, dia muncul bersama ibunya sebagai anak tukang kebun di Henry Irving’s Lyceum Theatre. Pada umur 17, dia telah diterima masuk dalam syarikat Irving dan sepuluh tahun berikutnya, minat utama Craig adalah dalam lakonan. Walaupun Craig merupakan seorang pelakon yang berjaya tetapi dia menamatkan kerjayanya pada awal usia 25 tahun. Alasan kenapa dia bersara awal kerana idolanya Henry Irving dipersonafikasikan sebagai yang terbaik dalam bertindak dan berkeyakinan dan dia berpendapat bahawa dia boleh memberikan sumbangan pada pentas. Craig telah belajar sesuatu yang penting dari mentornya iaitu disiplin yang ketat ketika sedang menjalani latihan, latihan yang menyeluruh untuk produksi termasuk pelakon, pencahayaan, dan unsur-unsur teknikal dan pemerhatian yang teliti. Mereka merupakan inovasi untuk teater awal abad ke 20. Pada awal 1893, Craig mula bereksperimen dengan muzik dan ukiran kayu hanya untuk mempertahankan bentuk dominan dan massa. Dia percaya bahawa seni bukan imitasi kehidupan tetapi lebih merupakan suatu eksperesi yang tak terkata. Pengarahan pertama Craig iaitu No Triffling With Love (1893), di Uxbrigde Town Hall, Craig telah menghasilkan adegan hukuman mati dalam gaya realism. Namun, dalam tahun 1899, dia telah membangunkan teater yang dipaparkan dalam karya besar yang pertama iaitu sebuah produksi Dido dan Aenas. Produksi yang inovatif ini mengambil masa 8 bulan latihan, termasuk 80 cast, memperkenalkan teknik pencahayaan yang sama dan benar-benar keluar dari tradisi realistik. Rekaan, pengarahan dan koreografer dilakukan oleh Craig dan produksi tersebut bukan sahaja menimbulkan emosi malah mendedahkan masa dan tempat. Produksi Craig yang seterusnya adalah The Masque of Love (1901), dia terus perkembangkan gaya dengan menggunakan tiga kain besar dari seluruh himpunan dan karung di jahit bersama untuk kostum . Ini menampakkan lagi kesederhanaan dalam menciptakan seluruh emosi. Pekerjaan sebenar Craig adalah terhad dan kadang kala tidak praktikal kerana keterbatasan teknikal dan pada ketika ini tulisannya adalah produktif. Pada tahun 1898, dia telah menulis majalah antarabangsa yang pertama iaitu “The Mask” dan telah melancarkan pada tahun 1908 sampai tahun 1929. Seterusnya, Craig menulis “The Marionett” dari 1918 hingga 1919. Dia juga menerbitkan “The Art of the Theatre” (1905), “On The Art of The Stage”, “The Theatre Advancing” serta Biografi Henry Irving dan ibunya. Edward Gordon Craig telah meninggal dunia pada usia 94 pada tahun 1966.
No comments:
Post a Comment