Monday, January 24, 2011

Prinsip dan unsur dalam Sinografi

1. space/ruang
-set
-lighting     
-sound
-kostum
  

       Dalam sinografi perkara yang penting adalah set. Set harus dilakukan sebelum persembahan sesuatu produksi dijalankan. Tanpa set, kerja-kerja persembahan susah untuk dilakukan kerana dengan adanya set yang menarik akan menarik perhatian penonton. Untuk membina set ianya mengambil masa yang lama dan memakan masa.
       Perkara yang kedua penting dalam sinografi adalah lighting. Lighting juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan suasana yang cantik ketika penggambaran. Tanpa lighting, persembahan tidak akan berjalan dengan sempurna.  
        Selain itu, sound juga memainkan peranan penting. Jika tiada sound bagaimana penonton dapat mendengar dialog yang dilontarkan. Tetapi, dalam teater perlu ada projection suara yang bagus kerana tidak semua produksi menggunakan sound yang bergantung semata-mata pada mikrofon.
       Kostum juga perlu dititikberatkan kerana kostum juga penting dalam sinografi. Perlu tahu kostum tersebut sesuai atau tidak pelakon produksi tersebut. Kostum adalah pelengkap dalam sesuatu penggambaran.

 2. Time/Duration  
     -set 
     -lighting  
     -kostum
     -sound  
        Perkara yang dititikaberatkan adalah pembinaan set kerana pembinaan set mengambil masa yang lama. Pembinaan harus dibina awal sebelum membuat sesuatu persembahan dan set tersebut juga mestilah selamat ketika persembahan berlangsung.     
        Pemasangan lighting juga mengambil masa yang lama. Setelah set siap dibina, pemasangan lighting harus dilakukan kerana pemasangan amat rumit.
        Kostum juga harus disediakan dengan cepat kerana jika tiada kostum ini akan menyusahkan pelakon kerana tiada kostum sedangkan persembahan akan dipentaskan. Perancangan yang bijak tidak akan menimbulkan masalah ketika persembahan berlangsung.
        Dan yang terakhir adalah sound. Sound boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Tetapi walaupun boleh dilakukan dalam masa yang singkat sound tersebut hendaklah sempurna dan tidak ada masalah. Sound boleh dimasukkan apabila semua telah selesai.

Sunday, January 9, 2011

ADOLPHE FRANCOIS APPIA





Beliau lahir pada tahun 1862 di Geneva, Switzerland. Ayah Appia bernama Louis Paul Amedee Appia yang merupakan seorang doktor yang sangat dihormati. Ibunya yang bernama Anna telah meninggal pada umur 24 tahun. Ayahnya melarang Appia untuk terlibat dalam teater. Di awal usianya, Appia berminat dengan teater. Bagaimana pun, Appia telah meminta izin ayahnya untuk belajar muzik dan sekaligus dia dapat melibatkan dirinya dalam teater. Appia lebih tertarik kepada Opera Wagner dan teori tentang pementasan opera. Walaupun Appia berminat dengan opera tetapi dia tidak cenderung kepada pentas yang berbentuk proscenium, kostum yang rumit dan set yang di cat. Tetapi, dia lebih berminat dengan staging suggestive yang mencipta kesatuan artistic. Penambahan pelakon, pentas, pencahayaan, dan muzik. Setelah kajian panjang tentang opera, Appia merumuskan bahawa ada perpecahan dalam elemen visual. Ada konflik yang terjadi dalam pergerakan pelakon, tatacara yang tegak dan lurus dan lantai horizontal. Beliau berpendapat bahawa pemandangan mesti digantikan dengan langkah-langkah , landai, platform dan tirai yang dicampur dengan pergerakan pelakon dan lantai yang melintang. Dengan cara ini, kewujudan dan keindahannya akan dipertingkatkan. Bagi Appia, ruang merupakan satu daerah yang dinamik yang mampu menarik perhatian pelakon dan penonton dan pelakon dapat berinteraksi dengan penonton. Konsep yang digunakan Appia adalah melengkapi ruang. Appia juga amat yakin bahawa penerangan harus digunakan untuk menyatukan unsur visual drama. Untuk mendapatkan kesan yang menarik Appia mempelajari setiap adegan opera dan bekerja di belakang tabir. Mendalami bagaimana hubungan dengan pelakon, adegan, dialog, muzik, dan pencahayaan yang digabungkan untuk mencipta kesatuan harmoni. Pada tahun 1906, dia bertemu dengan Emile Jacques-Dalcroze dan dia telah dipengaruhi oleh Dalcroze. Dalcroze merupakan pengasas Eurythmics, merupakan sebuah sistem di mana pelajar-pelajarnya belajar mengenai skor muzik. Setelah bekerja dengan Dolcraze, dia membuat teori sendiri bahawa irama yang ada dalam teks adalah kunci untuk setiap gerakan dan pergerakan pelakon ketika mengadakan persembahan. Sepanjang hidupnya, Appia bekerja sendiri dalam membuat lakaran, menulis buku-buku dan esei tentang teori-teorinya. Scenographer yang lain seperti Craig Gordan (1872-1966) dan Jacques Copeau (1879-1949) mengakui tentang kepintaran dan kebijaksanaan Appia. Dia antara penerbitan Appia adalah The Staging of Wagner's Musical Dramas (1895), Music and Stage Setting (1899), and The Work dirinya. Pada tahun 1923, Appia telah mempersembahkan Tristan dan Isolde untuk Arturo Toscanini kemudian menjadi pengarah artistik La Scala. Pada tahun 1924, Appia telah mereka pentas untuk 2 bahagian kitaran Ring di Bassel. Pada tahun 1925, Appia juga telah mereka set dan kostume bagi produksi Prometheus, yang juga dipentaskan di Bassel. Produksi yang diuruskan oleh Appia tidak dipuji secara universal. Tambahan, pengkritik konservatif lebih cenderung memilih untuk melihat Wagner seperti biasa yang dipersembahkan dengan pementasan tradisional dan mereka berpendapat bahawa Appia terlalu “Calvinistic”. Namun demikian, kepintaran Appia akhirnya di akui oleh para pengkritik dan teori-teorinya diterima pakai oleh para pengkritik. Ketika Appia meninggal dunia pada tarikh 29 Februari 1928, teman dan pengikutnya Jacques Copeau telah menulis sebuah penghargaan di mana telah mengangkat Appia merupakan “Master’s”.  

Saturday, January 8, 2011

                                                              Edward Gordon Craig







Edward Gordon Craig lahir pada 16 Januari 1872, di Railway Street Stevenage di Herfordshire. Craig (1872-1966) merupakan seorang pelakon yang penting, pereka, pengarah dan juga pelatih teater moden pada abad ke 20 di Eropah. Dia merupakan anak kepada Edward Godwin. Ayahnya merupakan seorang arkitek dan juga seorang yang mereka pentas dan ibunya Ellen Terry yang merupakan seorang pelakon yang paling dihormati. Kerjaya Craig bermula pada usia 12 tahun. Ketika itu, dia muncul bersama ibunya sebagai anak tukang kebun di Henry Irving’s Lyceum Theatre. Pada umur 17, dia telah diterima masuk dalam syarikat Irving dan sepuluh tahun berikutnya, minat utama Craig adalah dalam lakonan. Walaupun Craig merupakan seorang pelakon yang berjaya tetapi dia menamatkan kerjayanya pada awal usia 25 tahun. Alasan kenapa dia bersara awal kerana idolanya Henry Irving dipersonafikasikan sebagai yang terbaik dalam bertindak dan berkeyakinan dan dia berpendapat bahawa dia boleh memberikan sumbangan pada pentas. Craig telah belajar sesuatu yang penting dari mentornya iaitu disiplin yang ketat ketika sedang menjalani latihan, latihan yang menyeluruh untuk produksi termasuk pelakon, pencahayaan, dan unsur-unsur teknikal dan pemerhatian yang teliti. Mereka merupakan inovasi untuk teater awal abad ke 20. Pada awal 1893, Craig mula bereksperimen dengan muzik dan ukiran kayu hanya untuk mempertahankan bentuk dominan dan massa. Dia percaya bahawa seni bukan imitasi kehidupan tetapi lebih merupakan suatu eksperesi yang tak terkata. Pengarahan pertama Craig iaitu No Triffling With Love (1893), di Uxbrigde Town Hall, Craig telah menghasilkan adegan hukuman mati dalam gaya realism. Namun, dalam tahun 1899, dia telah membangunkan teater yang dipaparkan dalam karya besar yang pertama iaitu sebuah produksi Dido dan Aenas.  Produksi yang inovatif ini mengambil masa 8 bulan latihan, termasuk 80 cast, memperkenalkan teknik pencahayaan yang sama dan benar-benar keluar dari tradisi realistik. Rekaan, pengarahan dan koreografer dilakukan oleh Craig dan produksi tersebut bukan sahaja menimbulkan emosi malah mendedahkan masa dan tempat. Produksi Craig yang seterusnya adalah The Masque of Love (1901), dia terus perkembangkan gaya dengan menggunakan tiga kain besar dari seluruh himpunan dan karung di jahit bersama untuk kostum . Ini menampakkan lagi kesederhanaan dalam menciptakan seluruh emosi. Pekerjaan sebenar Craig adalah terhad dan kadang kala tidak praktikal kerana keterbatasan teknikal dan pada ketika ini tulisannya adalah produktif. Pada tahun 1898, dia telah menulis majalah antarabangsa yang pertama iaitu “The Mask” dan telah melancarkan pada tahun 1908 sampai tahun 1929. Seterusnya, Craig menulis “The Marionett” dari 1918 hingga 1919. Dia juga menerbitkan “The Art of the Theatre” (1905), “On The Art of The Stage”, “The Theatre Advancing” serta Biografi Henry Irving dan ibunya. Edward Gordon Craig telah meninggal dunia pada usia 94 pada tahun 1966.





my 1st blog

hmm....ak xpnh ade blog..bru jer beberapa minit lpas ak wat...ney pon sbb lect ak yg suh wat..lau x,mmg xde pon nk wat blog2 ney..wuwuwu~